4.1 Profil
Arnold Lucius Gesell
Nama sebenar beliau ialah Arnold Lucius
Gesell. Rousseau mempercayai bahawa tingkah laku berkembang menurut tahap-tahap
atau jadual dalaman yang berlaku secara semula jadi. Dengan perkataan lain kita
namakan proses ini sebagai kematangan biologis. Arnold Gesell (1880-1961) telah
berusaha memulakan kajian kematangan. Gesell dibesarkan di Alma, Winconsin,
sebuah bandar kecil di pinggir Sungai Mississippi bahagian utara.
Dalam sebuah
penulisan autobiografi, beliau menerangkan zaman kanak-kanak yang beliau alami
hampir menyenangkan di mana ‘hills, valley, water and climate concurred to make
the seasons distinct and intense in my home town. Each season had its own
challenges and keen pleasures, accentuated by the everchanging yet enduring
river” (Gesell, 1952). Menurut Bakinsky (1983) Gesell menggunakan bahasa yang
sama untuk menerangkan keindahan yang dilihatnya dalam proses pertumbuhan
dengan “ its seasons and sequences”.
Beliau mengkaji pertumbuhan kanak-kanak dengan
pemerhatian bersungguh-sungguh. Untuk menambah pengetahuannya mengenai proses
psikologi yang tersirat, beliau menuntut di sekolah perubatan pada umur 30
tahun, walaupun beliau telah memperolehi ijazah doktor falsafah dan bekerja
sebagai ahli psikologi yang berjaya. Sepanjang 50 tahun di klinik pertumbuhan
kanak-kanak Yale, Gesell dengan rakan sekerjanya melibatkan diri dalam sebuah
kajian teliti dan luas mengenai perkembangan neuromotor kanak-kanak dan bayi.
Mereka
mamperkembangkan norma tingkah-laku yang menyeluruh yang masih bertindak
sebagai bahan asas informasi kepada ahli pediatik dan ahli psikologi. Gesell
juga memperkembangkan satu daripada kajian pertamanya “ kecerdikan bayi”
(Gesell, 1952). Gesell memperkatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak dipengaruhi oleh dua faktor yang utama. Pertama, kanak-kanak itu
adalah hasil daripada persekitaran sendiri.
Tetapi secara khususnya, Gesell percaya bahawa
perkembangan kanak-kanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan baka. Satu
ciri perkembangan yang penting mengenai perkembangan ialah ia terjadi dalam
sekuen yang tetap. Ini dapat dilihat dalam fetus yang berkembang misalnya,
jantung selalunya adalah organ pertama yang berkembang dan berfungsi dulu.
Kemudian sel pembeza yang pantas bermula membentuk pusat sistem saraf iaitu
otak dan gentian saraf tulang belakang. Perkembangan otak dan kepala bermula
sebelum bahagian lain seperti lengan dan kaki terbentuk. Urutan ini diarahkan
oleh ‘blueprint’ genetik.
Perkembangan
berurutan bersambung selepas kelahiran. Misalnya sebaik sahaja kepala berkembang
di peringkat awal fetus, ia juga mengambil keutamaan dalam perkembangan awal
selepas bersalin. Bayi pada mulanya mempunyai kawalan terhadap bibir dan lidah,
kemudiannya menguasai kawalan terhadap pegerakan mata diikuti dengan kawalan
terhadap leher, bahu , lengan jari , batang tubuh dan kaki. Menurut Gesell
(1952) semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan, dan
berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik.
Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf yang berbeza dari segi kepantasan
perkembangan.
Mereka tidak berdiri dan berjalan pada umur
yang sama. Walau bagaimanapun, mereka melalui sekuens yang serupa. Dari
pandangan Gesell, perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal
sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman. Menurut Gesell (1952) lagi kesan
kematangan dibandingkan dengan kesan persekitaran. Dalam perkembangan sebelum
kelahiran, ini bermakna bahawa diasingkan kematangan dari aspek persekitaran
dalaman, seperti suhu badan fetus dan oksigen yang diterima daripada ibunya.
Faktor persekitaran ini penting. Kematangan menyokong pertumbuhan yang baik
tetapi mereka tidak memainkan peranan terus dalam stuktur perkembangan sekuens
dan bentuk tingkah laku.
Ia adalah
tugas mekanisme kematangan. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, ia memasuki jenis
persekitaran yang berlainan. Ia bukan sahaja persekitaran yang bertemu dengan
kehendak fizikal tetapi persekitaran sosial dan budaya yang cuba menggalakannya
berkelakuan dalam cara yang sewajarnya. Gesell memperkatakan bahawa kanak-kanak
itu dengan jelasnya memerlukan persekitaran sosial untuk menyedari potensinya
tetapi dia juga menegaskan bahawa kuasa sosialisasi bertindak dengan
berkesannya apabila mereka berirama dengan prinsip kematangan dalaman. Gesell
(1952) lebih menitikberatkan keupayaan untuk mengajar kanak-kanak akan perkara
terdahulu daripada jadual.
Kanak-kanak akan duduk, berjalan, dan bercakap
apabila mereka bersedia dan sistem saraf sudah matang dengan sepenuhnya. Pada
masa yang sesuai mereka mula menguasai sesuatu tugasan yang datang dari
keinginan diri sendiri. Sehingga pada masa itu pengajaran tidak memberi makna
mungkin menimbulkan ketegangan antara pengasuh dan kanak-kanak. Beberapa bukti
untuk kedudukan kematangan dalam pengajaran datang dari kajian terhadap anak
kembar seiras. Misalnya, Balinsky (1983) memberi seorang kembar latihan
aktiviti seperti memanjat tangga dan memegang serta memanipulasi kiub.
Anak kembar
ini dapat menunjukkan beberapa kemahiran lebih daripada yang seorang lagi
kembar yang tidak dilatih juga akan menguasai kemudian, tanpa banyak latihan.
Dia akan buat demikian pada umur semasa kita mengharapkan menjalankan berbagai
tugasan lain. Dengan jelasnya terdapat jadual waktu dalaman yang menentukan
kesediaan untuk membuat sesuatu manakala kebaikan latihan awal bersifat
sementara sahaja.
Kematangan merujuk kepada proses perkembangan yang
dikawal oleh faktor intrinsik, terutamanya gen, iaitu bahan kimia terkandung
dalam nukleus setiap sel. Gen yang menentukan sekuens, masa dan bentuk tingkah
laku yang terhasil. Walau bagaimanapun proses mekanisme ringkas dimana gen
tidak bekerja secara berasingan dan mereka menerima isyarat daripada
‘cytoplasm’, iaitu bahan sel di luar nukleus (Gesell, 1952, rajah 2.1) oleh
sebab ‘cytoplasm) ialah persekitaran gen, maka sukar bagi kita menentukan
perbezaan antara faktor dalaman dan persekitaran.
Walau
bagaimanapun, kita dapat menganggap kematangan sebagai proses semasa gen
mengarahkan perkembangan, walaupun bersamaan dengan faktor lain. Setakat ini
saya secara dasarnya telah menggambarkan pertumbuhan kematangan dengan tingkah
laku motor awal iaitu fokus utama kajian saintifik gesell. Walau bagaimanapun
gesell percaya bahawa kematangan mengawal pertumbuhan keseluruhan personaliti.
Kajian Mengenai Bentuk Gesell (1952) mengatakan bahawa apabila kita mengkaji pertumbuhan,
kita tidak hanya mengukur benda dalam bentuk kuatitatif tetapi perlu mengkaji
bentuk itu.
Sesuatu bentuk
mungkin yang mempunyai rupa atau bentuk yang khusus, misalnya kenyitan mata.
Tetapi yang paling penting dalam proses pembentukan itu dimana tingkah laku
menjadi tersusun. Seterusnya beliau mengatakan bahawa terdapat illustrasi yang
jelas mengenai proses pembentukan dalam kes pengilihatan bayi. Semasa kelahiran
mata bayi lebih bergerak tanpa arah tetapi setelah beberapa hari ataupun jam
bayi dapat memberhentikan matanya dan melihat benda untuk seketika masa.
Mereka dapat
memberhentikan mata mereka dan melihat “at will” kerana satu bentuk perkaitan
baru telah terbentuk antara dedenyut saraf dalam otak dan otototot kecil yang
menggerakkan mata. Dalam waktu sebulan, bayi biasanya boleh mengikutinya
melalui sebuah organisasi baru iaitu antara otot mata dan otot yang memusingkan
kepala.Pembentukan berterusan dalam proses perkembangan ialah apabila bayi
dapat mengorganisasikan pergerakan mata mereka dengan pergerakan tangan mereka
apabila melihat apa yang mereka pegang. Dalam usia empat bulan, bayi iasanya
boleh memegang sebuah alat permainan dan memerhatikannya dalam masa yang sama.
“This is significant growth gain. It means that eyes
and hand are doing team work, coming into more effective coordination. Mental
growth cannot be measured in inches and pounds. So it is appraised by patterns”
(Gesell, 1952).
Walaupun demikian, koordinasi tangan dengan mata
adalah tidak menyeluruh pada usia empat bulan pertama. Untuk seketika mata
terlibat terlebih dahulu. Misalnya, pada empat bulan bayi biasanya boleh
‘mengangkat’ sebuah kiub satu inci ataupun sebiji gula-gula yang kecil dengan
matanya iaitu mereka boleh memfokus kepada kiub itu dan menganggapnya dari sudut
yang berlainan sedikit. Tetapi mereka masih tidak dapat memegangnya dengan
tangan mereka.
Mungkin
kelihatan bayi sedang melihat kepada kiub itu dan kemudian melihat tangan
mereka seperti mereka ada cara memegang kiub itu tetapi mereka tetap tidak dapat
membuat demikian. Sistem saraf masih belum bertumbuh dengan secukupnya. Cuma
sehingga enam bulan barulah bayi dapat mengangkat kiub itu dengan seluruh tapak
tangannya dan sehingga sepuluh bulan barulah bayi mereka dapat mengangkat biji
gula-gula itu dengan ibu jari dan jari telunjuknya. Oleh demikian, koordinasi
tangan dengan mata berkembang dengan perlahannya. Ia menjadi lebih tersusun
dengan perlahan-lahan dan diikuti dengan pergerakan yang lebih halus.
Prinsip
Perkembangan Pemerhatian Gesell mencadangkan beberapa prinsip perkembangan yang
lain. Kita akan melihat kepada tiga prinsip iaitu penggabungjalinan dua hala,
fungsi tidak bersimetri dan peraturan kendiri. Penggabungjalinan Dua Hala
Manusia terbina daripada prinsip asas berpasangan iaitu kita mempunyai bahagian
otak yang terdiri daripada dua hemispera, sepasang mata, sepasang tangan,
sepasang kaki dan lain-lain lagi. Pergerakan kita juga ada mempunyai cirri-ciri
dualistic seperti apabila kita mengeliatkan badan..
Penggabungjalinan dua hala merujuk kepada proses
perkembangan dua keinginan yang akhirnya akan mencapai satu cara pengelolaan
yang efektif. Seperti contoh, dalam perkembangan menggunakan tangan, seorang
bayi menggunakan sebelah tangan, kemudian menggunakan kedua-duanya sekali,
kemudian menggunakan tangan sebelah yang lain, diikuti dengan penggunaan
kedua-dua belah tangan dan berulang-ulang sehingga dia mencapai dominasi satu
tangan. Perkara saling menggantikan penggunaan kedua-dua belah tangan memberi
contoh kepada kita tentang penggabungjalinan dua hala.
Gesell telah
menunjukkkan bagaimana penggabungjalinan dua hala memberi penjelasan tentang
corak beberapa tingkah laku, termasuk tingkah laku yang boleh dilihat, iaitu
merangkak dan berjalan (Gesell,1946) Gesell juga percaya bahawa penggabungjalinan
dua hala akan menghuraikan perkembangan sesuatu personaliti. Di sini kita
melihat kepada penggabung organisma yang memungkinkan kecenderungan introvert
dan extrovert. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang tenang pada usia tiga
tahun bertukar menjadi introvert pada usianya tiga tahun setengah, yang akan
bersikap pendiam dan resah.
Jangka masa
introvert ini diikut oleh zaman extrovert pada usia empat tahun dan kedua-dua
keadaan ini akan bergabung dan menjadi seimbang pada usia lima tahun. Peredaran
seperti ni akan bermula pada zaman bayi dan akan wujud sehingga seseorang itu
berusia enam belas tahun. Organisma ini akan kehilangan keadaan seimbang ini
secara sementara pada waktu ianya berkembang menjadi alam dalaman dan luaran
yang baru, tetapi kemudiannya mengelolakan diri pada tahap yang baru (gesell,
1956). Fungsi tidak bersimetri melalui proses penggabungjalinan dua hala kita
telah menseimbangkan asas berpasangan alam sekeliling kita.
Walau
bagaimanapun kita jarang mencapai keseimbangan yang tepat atau simetri, malah
satu tahap keseimbangan tidak bersimetri yang selalunya berfungsi. Kita
selalunya menunjukkan kesan apabila kita menghadapi dunia darimsatu segi, lebih
kepada menggunakan sebelah tangan, sebelah mata dan lain-lain lagi. Keadaan ketidakseimbangan
bayi ini dapat dilihat pada ‘tonic neck reflex’ iaitu satu tindak balas yang
ditemui oleh Gesell dalam diri manusia. Gesell mendapati bahawa bayi lebih suka
berbaring dengan mendongak kepala pada satu arah dan bila mereka berbuat demikian,
maka mereka akan memperlihatkan kedudukan badan ‘tonic neck reflex’ tersebut.
Mereka akan
menjulurkan lengan pada arah kepala ditudingkan (seolah-olah sedang
memerhatikan tangan tersebut) manakala tangan yang satu lagi akan dibengkokkan
lalu diletakkan di belakang kepala. Kedudukan badan ‘tonic neck reflex’ ini
nampak seolah-olah seperti cara asas berdiri seorang pemain pedang . Kedudukan
badan ‘tonic neck reflex’ ini adalah dominan dalam jangkamasa tiga bulan
selepas kelahiran dan kemudian ianya akan diselubungi oleh perkembangan baru
dalam sistem saraf (Gesell, 1946).
Kendiri Gesell
(1946) percaya bahawa mekanisma perkembangan intrinsik terlalu kuat sehingga
organisma tersebut pada sesuatu tahap akan dapat mengawal perkembangan dirinya.
Dalam satu siri penyelidikan beliau telah menunjukkan bagaimana bayi dapat
mengawal kitaran menyusu, tidur dan keadaan berjaga mereka. Bila bayi diberi
kebebasan menentukan masa menyusu dan tidur, mereka secara pelahan-lahan
memerlukan kala penyusuan yang kurang dan mereka juga berada dalam keadaan
berjaga lebih lama pada siang hari. Kemajuan tidak dapat mengikut satu garisan
lurus, malah telah dapat beberapa perubahan yang menerus termasuk yang menurun.
Akan tetapi
bayi tersebut secara perlahan-lahan telah mengalami jadual yang stabil. Gesell
juga telah menulis tentang peraturan kendiri ini dari pandangan yang berbeza
sedikit, iaitu memusatkan kepada keupayaan organisma untuk mempertahankan satu
integrasi yang menyeluruhdan seimbang. Pertumbuhan tentu sekali akan melibatkan
ketidakseimbangan. Sebagaimana yang kita lihat tadi corak tidur dan penyusuan
berubah selalu. Kita telah juga melihat ketidakseimbangan dalam perkembangan
personaliti di mana telah terdapat jangkamasa stabil yang diikuti oleh
jangkamasa yang tidak stabil semasa bayi ini memasuki tahap introvet dan
ekstrovet yang baru.
Dalam satu
perbincangkan yang menarik (Gesell, 1943) telah mempersembahkan keadaan tiga
orang kanak-kanak secara hypotetikal, iaitu seorang yang lambat membesar,
seorang yang cepat membesar manakala seorang lagi tidak sempurna tumbesarannya.
Beliau telah mencadangkan cara bagaimana setiap pembesaran yang mungkin dapat
dilihat dari segi beberapa jenis cara pembesaran secara persendirian.
Kanak-kanak A, kanak-kanak B, yang membesar dengan cepat, mungkin akan cepat
bertindak balas, riang dan gembira, cergas dan secara amnya cerdik dan pandai.
Kanak-kanak C,
yang mengalami kebantutan pada pertumbuhannya, mungkin kadang-kadang akan
bersikap lebih berhati-hati dan ada kalanya kurang berhati-hati, murung, tidak
sabar dan kadang kala menunjukan kecerdikannya. Gesell percaya bahawa tabii
seseorang individu dan cara pembesarannya akan mengakibatkan keinginan yang
berbeza ke atas budaya dan budaya juga patut cuba menyesuaikan diri dengan
keunikan setiap kanak-kanak. Gesell (1946) percaya bahawa untuk membesar dan
mendidik anak perlu bermula dengan memberi pengiktirafan kepada kebijaksanaan
implisit.
Bayi memasuki ke alam duniawi dengan satu jadualyang
semula jadi yang dimana adalah hasil daripada perkembangan beransur-ansur
selama lebih daripada tiga juta tahun, dimana mereka sangat arif tentang
keperluan diri dan juga tentang perkara yang mereka sedia dan tidak sedia untuk
berbuat sesuatu. Oleh kerana ini para ibu bapa tidak harus memaksa anak-anak
mereka untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan pola-pola perlakuan perangai
mereka, tetapi mereka patut mengambil iktibar daripada anak-anak mereka
sendiri.
Dalam topik
mengenai pemakanan, Gesell telah menyarankan memberi makanan secara keinginan,
iaitu memberi makanan kepada bayi apabila ianya menunjukkan persediaan untuk
menerima makanan, yang mana adalah bertentangan dengan corak memberi makanan
kepada bayi mengikut pola-pola yang telah ditentukan. Bila ibu bapa berhenti
memikirkan tentang apa yang bayi mereka patut buat di samping mengikut isyarat
daripada bayi mereka akan mula menghargai keupayaan semula jadi bayi tersebut
untuk perkembangan kendirinya.
Mereka akan
dapat melihat bagaimana bayi dapat mengawal corak pemakanan, masa tidur dan
terjaga. Kemudian mereka akan dapat melihat bagaimana bayi tersebut belajar
untuk duduk, merayap dan merangkak dengan sendiri tanpa perlu menolak atau
menujah mereka. Ibu bapa akan percaya kepada bayi tersebut dan juga kepada
proses tumbesaran. Gesell menegaskan bahawa tahun pertama masa yang paling
sesuai untuk mempelajari tentang ciri-ciri individu seseorang kanak-kanak. Ibu
bapa yang bertindak balas dengan keperluan kanak-kanak semasa bayi akan secara
semulajadi sensitif terhadap kecenderungan dan keupayaan unik kanak-kanak
tersebut.
Mereka akan
kurang meletakkan pengharapan dan cita-cita mereka sendiri ke atas kanak-kanak
tersebut malah lebih cenderung untuk memberikan ciri-ciri individu kanak-kanak
tersebut untuk berkembang dan mencari identiti dirinya sendiri. Gesell
menyatakan bahawa ibu bapa perlu pengetahuan teoritikal mengenai trend dan
corak perkembangan di samping memiliki rasa sensitif secara intuitif terhadap
kanak-kanak. Secara khusus mereka perlu tahu bahawa, perkembangan ada tidak
tetap dalam jangkasama antara stabil dengan tidak stabil. Pengetahuan ini akan
dibantu oleh pengetahuan yang menyatakan bahawa kanak-kanak berusia dua tahun
setengah akan mengalami satu jangkamasa yang mengelirukan yang akan menjadikan
mereka sangat degil.
Guru yang
mengetahui sistem tumbesaran kanak-kanak, tidak akan memaksa kanak-kanak yang
berumur enam tahun untuk mempelajari sesuatu bertentangan dengan daya semula
jadinya tetapi akan mengajar latih tubi bila tiba waktunya, kanak-kanak
tersebut akan menerima faedah melalui pembelajaran (Gesell, 1946) Pada waktu
yang sama, adalah tidak mencukupi untuk mengajar menggunakan teknik-teknik yang
sesuai mengikut setiap umur atau kelas, kerana peringkat pembesaran kanak-kanak
berbeza termasuklah bakat-bakat istimewa yang terpendam.
Oleh itu, guru
perlulah bekerja menuju ke arah keadaan persediaan setiap kanak-kanak mengikut
keistimewaan kebolehan mereka. Pada ketika ini, kebanyakan sekolah tidak
berbuat demikian. Mereka memberi penekanan yang lebih kepada pencapaian yang
seragam seperti pemberian gred mengikut tahap bacaan dimana mereka tidak
mengendahkan pembesaran kanak-kanak mengikut masa dan kemungkinan perkembangan
keunikan tersendiri.
Sekolah perlu
mengajar kemahiran hidup yang seragam tetapi dalam pemerintahan demokrasi,
matlamat terunggul ialah untuk membentu kanak-kanak mengembangkan perlakuan
kanak-kanak yang sepenuhnya. Untuk berbuat demikian, guru perlu membiarkan
kanak-kanak itu sendiri memberi panduan kepada mereka sepertimana kanak-kanak
itu sendiri dipandu oleh pelan asas biologi bagi pembesaran optima (Gesell,
1946).
4.2 Jadual perkembangan turutan tingkah laku menurut
Arnold Lucius Gesell
Arnold Lucius
Gesell (1925) telah berjaya menghasilkan jadual perkembangan turutan tingkah
laku (perkembangan motor) kerana beliau berpendapat bahawa semua perkembangan
berlaku mengikut pola dan urutan tertentu. Oleh itu, perkembangan tingkah laku
kanak-kanak boleh diramalkan. Contohnya, semasa berumur empat bulan, Fahmi
telah boleh merangkak, tingkah laku seterusnya adalah duduk dan mula belajar
berdiri. Peringkat perkembangan adalah berbeza-beza antara seseorang induvidu
dengan induvidu yang lain kerana kadar pertumbuhan adalah berlainan bagi setiap
induvidu.
Jadual
perkembangan turutan tingkah laku yang dihasikan oleh Gesell boleh dibahagikan
kepada lima peringkat. Pada peringkat pertama iaitu pada usia lahir hingga satu
tahun, ciri-ciri perkembangan tingkah laku yang dihasilkan pada usia satu bulan
menurut Gesell (1925) ialah bayi dapat menghasilkan tangisan berbeza-beza untuk
menyatakan kehendak yang berlainan seperti tangisan lapar adalah berbeza
daripada tangisan ketika lampinya basah. Pada usia empat bulan, koordinasi
fizikal berlaku pada bayi iaitu mata bayi boleh mengikut objek yang bergerak.
Misalnya bayi
dapat melihat kapal terbang mainan yang berpusing. Seterusnya, pada usia enam
bulan bayi sudah dapat menggenggam sesuatu objek misalnya bola, kubus kayu,
keringcing dan sebagainya. Pada usia tujuh bulan, bayi sudah mula pandai duduk
dan merangkak dengan sendirinya tanpa bantuan daripada orang lain kerana pada
masa ini otot leher, tangan, kaki, pinggul bayi sudah semakin kuat dan
membolehkan bayi duduk dan merangkak dengan cepat. Pada usia dua belas bulan,
bayi sudah mahir untuk melangkahkan kakinya dengan berpaut pada kerusi, meja
untuk mengimbangkan berat badanya.
Pada peringkat
kedua iaitu pada usia satu hingga dua tahun, kematangan fizikal dan mental mula
meningkat iaitu bayi sudah pandai jalan bertatih dibantu oleh pengasuhnya. Pada
tahap ini juga, bayi sudah mula faham istilah” jangan” dan pada usia dua tahun
bayi sudah mahir untuk berjalan tanpa bantuan daripada pengasuhnya kerana bayi
sudah memperolehi keseimbangan badan yang sempurna. Pada peringkat ke tiga
iaitu pada usia dua hingga tiga tahun bayi sudah mengcapai koordinasi mata,
tangan dan kaki yang semakin sempurna misalnya boleh mengurus diri sendiri
seperti boleh makan dan memakai kasut dengan sendiri dan mula boleh bercakap
dengan menggunakan ayat yang mudah tetapi tidak begitu baik dan ayat yang
digunakan tidak begitu lengkap.
Pada peringkat
keempat iaitu pada usia tiga hingga empat tahun, koordinasi dan kematangan
fizikal kanak-kanak sudah semakin kukuh misalnya boleh menunggang basikal
beroda tiga dan boleh menuruti arahan mudah daripada ibu bapa. Pada tahap
kelima iaitu pada usia empat hingga lima tahun, proses interaksi kanak-kanak
mula terbentuk kerana pada tahap ini kanak-kanak mula bersosialisasi dan
bergaul dengan rakan-rakan seusia denganya kerana pada masa ini kanak-kanak
telah bersedia untuk memasuki alam persekolahan iaitu ke kelas pra sekolah.
Pada peringkat ini juga kanak –kanak suka untuk mengemukakan soalan kepada
penjaganya samaada ibu, ayah, guru dan sebaginya untuk mengetahui sesuatu
pekara kerana kanak-kanak pada usia sebegini mempunyai sifat ingin tahu yang
sangat tinggi berdasarkan pemerhatian mereka terhadap persekitaran sekeliling.
4.3 Aktiviti mengikut peringkat umur menurut Arnold
Lucius Gesell
Antara aktiviti
yang boleh dilakukan pada setiap peringkat umur mengikut teori Arnold Gesell
ialah penerokaan permainan untuk kanak-kanak berusia lahir hingga satu tahun.
Ibu bapa atau pengasuh sangat memainkan peranan yang penting untuk memberi
rangsangan yang positif dalam membantu perkembangan bayi tersebut. Cara
aktiviti ini dilakukan ialah letakkan bayi di lantai atau ruangan yang lebih
luas dan bersih kerana bayi memerlukan ruang yang lebih luas untuk meneroka
persekitaranya.
Seterusnya ibu
bapa dapat memberi rangsangan kepada bayi dengan memberi bayi pelbagai jenis
permainan yang berwarna-warni, berbunyi dan tidak mudah pecah kepada bayi
misalnya kubus kayu, bola, keringcing untuk menarik perhatian bayi bermain dan
pada masa yang sama, ibu bapa digalakkan untuk bermain bersama bayi dan memberi
dorongan kepada bayi disamping dapat mengawasi bayi tersebut. Aktiviti ini
secara tidak langsung dapat merangsang perkembangan motor kasar dan motor halus
bayi misalnya merangkak kerana pada masa ini otot pinggul, bahu,tangan dan kaki
bayi sudah semakin kuat dan bayi dapat mengenggam atau memegang objek ketika
bermain.
Pada peringkat
ke dua iaitu pada usia satu hingga dua tahun, aktiviti yang boleh dilakukan
ialah jalan bertatih. Aktiviti ini boleh dilaksanakan di kawasan yang lapang
dan luas seperti ruang tamu, lantai yang mempunyai permukaan yang lembut,
halaman rumah, taman permainan dan sebagainya kerana bayi memerlukan ruangan
yang besar untuk belajar berjalan. Ibu bapa boleh memberi dorongan kepada bayi
dengan membantu bayi ketika proses bertatih dengan mendampingi anak dari
belakang bagi mendapatkan sokongan yang baik. Selain itu, alat bantuan seperti
baby walker boleh digunakan bagi membantu bayi semasa proses bertatih. Aktiviti
ini juga akan membantu perkembangan motor kasar dan motor halus bayi kerana
pada usia ini bayi sudah boleh melangkah kakinya dan dapat mengimbangkan berat
badanya.
Seterusnya,
pada peringkat ketiga iaitu pada usia dua hingga tiga tahun. Aktiviti yang
boleh di jalankan ialah mengajar cara makan yang betul kepada kanak-kanak. Ibu
bapa boleh menggalakkan kanak-kanak untuk makan dengan sendirinya kerana
kanak-kanak pada usia sebegini kanak-kanak mampu untuk makan dengan sendiri
kerana pergerakkan motor halus iaitu koordinasi mata, tangan dan keseimbangan
badan kanak-kanak sudah sempurna. Ibu boleh memberi rangsangan kepada
kanak-kanak dengan meletakkan makanan yang lembut ke dalam bekas plastik
misalnya agar-agar, nestum dan sebagainya kemudian ibu hendaklah mengajar
kanak-kanak tersebut memegang sudu dan cara makan yang betul dengan pengawasan
daripada daripada ibu bapa. Seterusnya ibu atau bapa boleh memberi peneguhan
positif kepada kanak-kanak seperti pujian, bertepuk tangan jika kanak-kanak
berjaya menyuapkan makanan ke dalam mulut bagi merangsang kanak-kanak untuk
terus berusaha.
Aktiviti seterusnya
ialah menunggang basikal beroda tiga bagi kanak-kanak berusia tiga hingga empat
tahun iaitu pada tahap yang ke empat. Ibu bapa atau penjaga memainkan peranan
yang penting dengan membantu kanak-kanak mengimbangi badan di atas basikal
beroda tiga. Ibu bapa juga perlu memberi rangsangan serta sokongan kepada
kanak-kanak supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan aktiviti
berbasikal dengan pengawasan dan pemerhatian daripada penjaga dalam aktiviti
tersebut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan perkembangan
motor kasar dan motor halus kanak-kanak kerana pergerakkan yang terlibat semasa
menunggang basikal beroda tiga ini mampu merangsang perkembangan tersebut.
Misalnya genggaman tangan dan kayuhan basikal merupakan salah satu contoh
pergerakkan motor kasar dan halus kanak-kanak.
Akhir sekali
pada peringkat kelima iaitu pada usia empat hingga lima tahun. Aktiviti yang
boleh dilakukan ialah bermain di taman permainan. Aktiviti ini boleh dijalankan
dengan penglibatan rakan-rakan yang sebaya yang seusia denganya. Ibu bapa atau
penjaga boleh membawa kanak-kanak tersebut ke taman permainan yang berdekatan
dan berikan kebebasan kepada kanak-kanak untuk bermain dengan rakan-rakan namun
masih dalam pengawasan daripada ibu bapa. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat
meningkatkan perkembangan sosialnya iaitu kebolehan kanak-kanak untuk
berinteraksi, bergaul dan bersosialisai dengan orang lain dengan cara bermain.
5.0 Profil Robert James Havighurst
Robert James Havighurst dilahirkan pada 5 Jun 1900 di
De Pere, Wisconsin. Beliau adalah seorang professor, pendidik dan pakar
penuaan. Kedua-dua ibu bapanya, Freeman Alfred Havighurst dan ibunya, Winifred
Weter Havighurst adalah seorang pendidik di Universiti Lawrence. Robert
Havighurst adalah seorang yang rajin bekerja dan amat terkenal pada tahun
80-an. Menurut maklumat daripada keluarganya, Robert Havighurst meninggal dunia
pada umur 90 tahun akibat penyakit Alzheimer.
Robert Havighurst mula melangkah ke bidang pendidikan
di Wisconsin dan Illinois. Beliau mendapat banyak ijazah dan telah mencapai
pelbagai pencapaian dalam bidang akademik Pada tahun 1918 -1921 B.A dari Ohio
Wesleyan University, manakala pada tahun 1922 M.A dari Ohio State Universiti,
seterusnya pada tahun1924, mendapat PHD di Chemistry Ohio State Universiti,
pada tahun 1953-1954, Fulbright Scholar, Universiti Canterbury, New Zealand,
pada tahun 1961, Fulbright Scholar, University Buenos Aires, 1962 Honorary
Degree Sc. Di Universiti Adelphi dan pada tahun 1963, beliau mendapat Hon.
L.L.D di Ohio Wesleyan University. Ini adalah sebahagian daripada kata-kata
atau mutiara kata daripada Robert James Havighurst mengenai teori yang
diperkenalkannya.
"Family life is the source of the greatest human
happiness. This happiness is the simplest and least costly kind, and it cannot
be purchased with money. But it can be increased if we do two things: if we
recognize and uphold the essential values of family life and if we get and keep
control of the process of social change so as to make it give us what is needed
to make family life perform its essential functions."
"The modern world needs people with a complex
identity who are intellectually autonomous and prepared to cope with
uncertainty; who are able to tolerate ambiguity and not be driven by fear into
a rigid, single-solution approach to problems, who are rational, foresightful
and who look for facts; who can draw inferences and can control their behavior
in the light of foreseen consequences, who are altruistic and enjoy doing for
others, and who understand social forces and trends."
"A successful mother sets her children free and
becomes free herself in the process."
"The two basic principle processes of education
are knowing and valuing."
"A developmental task is a task which is learned
at a specific point and which makes achievement of succeeding tasks possible.
When the timing is right, the ability to learn a particular task will be
possible. This is referred to as a ‘teachable moment’. It is important to keep
in mind that unless the time is right, learning will not occur. Hence, it is
important to repeat important points whenever possible so that when a student's
teachable moment occurs, s/he can benefit from the knowledge."
Robert Havighurst adalah seorang ahli psikologi
Amerika Syarikat yang terkenal dengan mengemukakan teori-teori tugas-tugas
perkembangan manusia berlandaskan sosiobudaya berkaitan dengan perkembangan
jasmaninya. Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu
tugas, seperti,berjalan, berlari atau melompat, yang di lahirkan di dalam
kehiduoan individu pada satu peringkat tertentu. Kejayaan inidividu dalam
perlaksanaan tugas tertntu akan menbawa kepuasan serta mengdorongkannya
mengulangi tugas tersebut. Kegagalan melaksanakan tugas pada kali pertama akan
membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya melakukan tugas itu.
Beliau pula menegaskan bahawa perkembangan personaliti
seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat.
Robert Havighurst dalam bukunya Human Development And Education (1953)
menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak. Beliau telah membahagikan
peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak kepada tiga iaitu peringkat lahir
hingga awal kanak-kanak (0 hingga 6 tahun), kanak-kanak (6 hingga 12 tahun),
awal remaja dan remaja (12 hingga 18 tahun).
Pada peringkat kedua iaitu peringkat kanak-kanak (6
hingga 8 tahun), Havighurst mengatakan kanak-kanak dapat membezakan lelaki dan
perempuan. Mereka dapat membentuk konsep diri yang sihat kerana kanak-kanak
tahu membuat perbandingan. Selain itu juga, kanak-kanak dapat menguasai
konsep-konsep moral,nilai dan kemahiran hidup. Mereka biasanya dilatih untuk
belajar berdikari kerana kanak-kanak pada peringkat ini seharusnya digalakkan
membuat kerja dengan usaha sendiri. Mereka tidak boleh bergantung kepada orang
sekeliling mereka kerana daripada usaha mereka sendiri, kanak-kanak dapat
membentuk sifat kebebasan peribadi. Guru-guru di sekolah boleh mengajar
kanak-kanak kemahiran membaca, menulis dan mengira kerana perkembangan otak
pada peringkat ini berlaku dengan sangat cepat.
Robert Havighurst berpendapat bahawa setiap individu
mesti menyelesaikan tugasan pada setiap peringkat perkembangan. Sekiranya
tugasan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya,hasilnya akan membawa
kebahagian kepada individu tersebut. Jika tidak, individu itu akan mengalami
masalah perkembangan pada peringkat seterusnya. Havighurst mendefinisikan
tugasan sebagai kemahiran, sikap, kefahaman dan pencapaian sebagai ciri-ciri
setiap peringkat perkembangan. Tugasan atau perkembangan adalah satu set
kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh individu.
Sebagai contohnya, bayi perlu merangkak terlebih
dahulu sebelum berjalan (lebih rumit) di mana bayi perlu menyelesaikan masalah
merangkak sebelum berjalan iaitu kemahiran yang lebih tinggi. Oleh yang
demikian, beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh
persekitarannya, nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat. Ini kerana
perkembangan kanak-kanak sudah semestinya lebih lancar sekiranya ibu bapa
memahami keperluan pembelajaran anak mereka terutamanya dlam proses ini.
Perkembangan tugasan seseorang adalah mengikut peringkat umur masing-masing.
Faktor persekitaran mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak, setiap individu, kecuali kanak-kanak berkembar, mempunyai
ciri-ciri fizikal seperti saiz badan, tinggi – rendah, berat- ringan, bentuk
dan warna, organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian menunjukkan
ciri-ciri fizikal luaran khasnya warna rambut dan organ deria diwarisi oleh
gen-gen ibu bapa.
5.1 Jadual
Tugas Perkembangan individu merangkumi 10 peringkat usia
5.2 Aktiviti mengikut Teori Robert Havirgust
Robert Havighurst merupakan seorang
pakar psikologi Amerika yang terkenal dengan teori perkembangan sosiobudaya dan
antropologi. Beliau telah menghuraikan konsep tugas perkembangan dalam bukunya
human Development and Education yang diterbitkan pada tahun 1953. Tugas
perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tinkah laku
yang sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu (
Atan Long, 1980). Newman dan Newman (1999) berpendapat tugas perkembangan ialah
satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh individu untuk
menambah penguasaan terhadap persekitara. Beliau berpendapat bahawa
perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi
keluarga amat mempengaruhi kanak-kanak dalam membentuk personaliti mereka.
Kanak-kanak yang berada dalam persekitaran yang baik kebanyakannya lebih
berjaya berbanding dengan kanak-kanak yang berada dalam persekitaran yang
kurang baik. Havighurst membahagikan teori perkembangan kepada tiga peringkat
iaitu:
i) Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (0 – 6 tahun)
Pada usia ini kanak-kanak mula
mengenali persekitaran yang ada disekeliling mereka. Keinginan mereka untuk
mencuba sesuatu amat ketara. Mereka mula belajar bercakap dan berinteraksi
dengan orang yang ada disekelilingnya seperti ibu bapa, saudara mara,
kawan-kawan serta guru mereka. Melalui percakapan ini mereka mula belajar
menyebut perkataan yang mudah sehingga terbentuknya satu ayat. Contohnya,
sayuqina yang berusia 5 tahun sudah pandai memahami setiap arahan yang
diberikan oleh ibunya. Selain itu, syauqina juga mempunyai keinginan untuk
membuat sesuatu yang dirasakan betul seperti mengayuh basikal bersama
teman-teman serta meniru gaya orang lain seperti meniru gaya ibunya memakai
tudung. Disekolah, beliau belajar bertolak ansur dan bertimbang rasa dengan
rakan sebaya, contohnya berkongsi mainan dengan kawan-kawan. Syauqina dapat
bergaul dengan rakan-rakan sebaya ketika disekolah dan menjadikan beliau
sentiasa seronok ketika diwaktu persekolahan. Kanak-kanak pada peringkat ini
juga belajar mendengar pandangan orang lain seperti memberitahu mereka secara
baik bahawa perkara yang mereka lakukan itu adalah salah. Mereka juga bijak
dalam membezakan betul dan salah serta membuang najis ditempat yang betul.
ii) Peringkat pertengahan kanak-kanak ( 6 – 12 tahun )
Kanak-kanak pada peringkat ini
kebanyakannya boleh menguasai beberapa kemahiran seperti kemahiran dalam
menguasai sesuatu permainan contohnya permainan yang melibatkan pergerakan
motor kasar seperti tangan, kaki dan sebagainya. Jika ibu bapa yang
menginginkan anak mereka bergelar jaguh badminton, mereka perlu memberi galakan
dan latihan agar mereka dapat menguasai kemahiran tersebut. Contohnya Haji
Sidek melatih anak-anaknya untuk mahir dalam sukan badminton sejak kecil lagi
iaitu pada peringkat ini. Selain itu mereka juga dapat menguasai kemahiran 3M
iaitu, membaca, menulis dan mengira. Kemahiran seperti ini dapat membantu
mereka dalam proses pembelajaran disekolah serta keperingkat yang seterusnya. Kanak-kanak
ini juga mula untuk berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup
serta moral.
Nicol David,
merupakan jaguh skuasy dunia. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang. Nicol ialah
anak perempuan kacukan Cina India kepada Desmond David, seorang jurutera
berketurunan India dan Ann Marie David, seorang guru berketurunan Cina. Beliau
mempunyai dua orang adik-beradik lain yang bernama Liane dan Cheryl,
kedua-duanya adalah pemain-pemain skuasy pada aras kebangsaan. Pertembungan
pertama Nicol David dengan skuasy bermula pada awal usianya pada 6 tahun pada
masa itu beliau sangat kecil yang mana raket skusynya lebih besar daripada
beliau dan beliau tidak ada kekuatan untuk mengangkatnya. Pada usia 8 tahun,
Nicol mula memandang serius pada skuasy,berlatih dengan tetap dan bermain di
dalam pertandingan skuasy. Melihat pada usianya ramai yang tidak menyangka
bahawa beliau dapat bergelar ratu skusy pada hari ini dan gelaran datok yang
diterimanya amat berbaloi dengan pencapaiannya selama ini.
Dorongan ayah dan ibunya serta kejayaan adik
beradiknya dalam sukan skuasy menjadi pendorong untuk beliau berjaya.
Kanak-kanak pada usia ini jika dilatih dan didorong kerah kajayaan maka suatu
hari mereka akan berjaya dengan cemerlang. Faktor sekeliling amat penting jika
mahukan mereka menjadi insan yang berguna dimasa akan datang dan menjadi
pengganti pemimpin yang sedia ada. Oleh itu, peranan ibu bapa dalam menentukan
corak dan masa depan anak-anak mat perlu dititik beratkan.
iii) Peringkat awal remaja dan remaja (12 – 18 tahun)
Remaja akan
mencapai kematangan fizikal seperti ketinggian maksimum pada peringkat ini.
Dari segi kognitif, mereka mula berada di peringkat operasi formal, iaitu boleh
membuat pemikiran hipotetikal-eduktif. Dari segi perkembangan emosi, timbul pelbagai
emosi lain seperti ingin kejayaan dan penghargaan serta bertambah kebolehan
untuk mengawal emosi. Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya. Remaja
pada peringkat ini juga mula tertarik kepada rakan sebaya daripada jantina yang
berlainan. Mereka juga mula mengalami perubahan yang ketara dari segi emosi,
jasmani, rohani, dan fizikal.
Perubahan
mereka pada peringkat ini begitu jelas sekali iaitu dari segi bentuk badan. Ada
di antara mereka yang perubahan bentuk badannya tidak setara dengan usia
mereka. Hal ini menunjukkan bahawa kematangan yang dialami seseorang individu
itu tidak dipengaruhi oleh usia tetapi dipengaruhi oleh persekitaran yang ada
disekeliling mereka. Mereka juga mula berminat untuk bergaul dengan rakan yang
berlainan jantina serta menginginkan kebebasan dalam pergaulan tanpa disekat
oleh orang lain terutamanya ibubapa. Selain itu mereka dapat memantapkan konsep
baik dan buruk dalam kehidupan seharian.
Contohnya
seperti Norhafiza yang berusia 17 tahun. Beliau merupakan seorang pelajar yang
pintar dalam pelajaran. Norhafiza mempunyai karakter yang ceria dan peramah.
Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, Norhafiza sentiasa menjadi pelajar
terbaik di sekolahnya. Beliau menjadi pelajar contoh untuk pelajar yang lain.
Beliau juga aktif bersukan dan aktif dalam program kepimpinan seperti ketua
pengawas sekolah dan pengerusi kelab pidato. Norhafiza juga seperti remaja yang
lain yang inginkan kebebasan untuk bergaul dengan rakan sebaya walaupun dia
mempunyai kotmitmen dalam pelajaran serta aktiviti yang beliau ceburi.
Rakan-rakan
juga merupakan salah satu pendorong untuk beliau berjaya dalam pelajaran kerana
beliau sentiasa bertukar pendapat dan berkongsi masalah pelajaran bersama
rakan-rakannya. Tetapi beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab yang
dipikulnya. Norhafiza sentiasa tekun mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini. Beliau
menjadikan ayah, ibu, abang serta kakaknya sebagai pendorong untuk beliau terus
berjaya. Norhafiza sentiasa menjadikan abang dan ayahnya sebagai idola dan
berharap agar suatu hari beliau juga akan bergelar doktor seperti mereka.
Jelaslah bahawa
faktor sekeliling banyak mendorong seseorang itu untuk berjaya. Sekiranya
mereka berada dalam kelompok yang baik dan mempunyai masa depan yang cerah maka
potensi mereka untuk berjaya juga tinggi. Tetapi jika mereka berada dalam
kelompok yang sebaliknya maka genersi yang bakal lahir adalah generasi yang
tidak mempunyai masa depan.
6.0 Profil G. Stanley Hall
G Stanley Hall telah di dilahirkan
pada 1 Februari 1844 di Ashfield, Massachusetts. Ibunya menitikberatkan tentang
keagamaan. Oleh itu beliau belajar di Williams College pada 1867 , dan kemudian
belajar di Union Theological Seminary bagi menyiapkan diri sebagai seorang
paderi. Kehendaknya adalah untuk mengembara dan mencapai sesuatu penting dalam
dunia. Dengan ini beliau pergi ke Jerman selama 3 tahun. Disana beliau belajar
tentang psikologi dan antara pensyarah beliau ialah Du Bois-Reymond's. Selepas
tamat belajar disana, beliau pulang ke New York dan bekerja sebagai paderi di
sebuah gereja. Kemudian beliau mengajar di Antioch College, Dayton, Ohio.
Beliau bertolak sekali lagi ke Jerman untuk belajar dengan Wilhelm Wundt ahli
psikologi.
Selepas itu,
beliau ditawarkan menjadi pensyarah di Harvard University. Antara rakan
sekerjanya ialah William James. Beliau menerima kedoktorannya pada 1878 dan
menjadikan beliau sebagai orang pertama Amerika yang mendapat kedoktoran dalam
psikologi. Kemudian pada tahun 1880, beliau bekerja bersama Wilhelm Wundt di
makmal Leipzig. Pada 1882 dia pernah dilantik sebagai profesor psikologi dan
pedagogi di Johns Hopkins University, dan menjadikan beliau sebagai orang
pertama Amerika bekerja di makmal psikologi. Pada 1889 Hall dipilih sebagai
presiden pertama Clark University, dan bekerja selama 31 tahun sebagai presiden
di Clark University. Pada 1887 beliau menjadi Presiden pertama dalam Kelab
Psikologi Amerika. Beliau meninggal dunia pada 24 April 1924.
Dia seorang
ahli psikologi Amerika dalam bidang keremajaan dan juga merupakan seorang
pendidik. Dia tertumpu perhatiannya pada keperluan pendidikan remaja-remaja.
Dia memberi banyak sumbangan untuk pendidikan Amerika dalam psikologi, termasuk
kepimpinannya dalam kajian kanak-kanak dan penjajahannya kepada teori
remaja-remaja. Beliau membantah hebat untuk penekanan pada subjek-subjek ajaran
tradisional, seperti huruf Latin, Matematik, Sains, dan Sejarah, di sekolah
tinggi, sebaliknya sekolah tinggi itu harus lebih memberi tumpuan pada
pendidikan remaja-remaja dan menyediakan pelajar untuk melangkah ke kolej.
6.1 Penubuhan Institusi Kanak-kanak di Clark
Universiti
Pada tahun 1909, beliau telah
menubuhkan Institusi Kanak-Kanak Di Clark University. (Children Institute di
Clark University). Institut ini diasaskan dengan tujuan menambahkan pengumpulan
data-data ke atas kanak-kanak, beliau pada mulanya berharap akan mewujudkan
psikologi berdasarkan prinsip-prinsip genetik dan bersifat evolusi (hasil
langsung kepentingan fungsionalisnya dalam penyesuaian mental) dan menggunakan
data itu untuk membentuk asas untuk amalan-amalan pendidikan bunyi. Institut
itu berfungsi kerana kedua-dua sebuah makmal untuk data bagi mengesahkan teori
rekapitulasi Hall, dan seperti sebuah program untuk mengajar dan meningkatkan
kajian kanak-kanak kepada guru dan lain-lain dalam pendidikan.
Data-data ini
tidak membantu keupayaan bagi mengesahkan kedudukan teori ini. Oleh itu,
institut ini berfungsi terutamanya sebagai satu entiti pendidikan dan menarik
kepentingan pengajar-pengajar, guru-guru, dan ibu bapa. Beliau telah mewujudkan
satu suasana intelektual daripada mewujudkan sesuatu persekitaran yang formal.
Beliau menyumbang sesuatu yang baru dalam ilmu psikologi iaitu kepentingan
genetik dan evolusi dalam psikologi, yang telah dibuktikan melalui
tulisan-tulisannya dan sokongannya kajian psikologi perkembangan dari segi
perspektif filogenetik dan ontogenetik. Teori ini menjelaskan bahawa setiap
individu akan melalui proses perubahan dari segi deria pemikiran & deria
fizikal selaras denagn perkembangan minda & tubuh badan.
Idea-idea ini
membangkitkan beliau bagi meneliti aspek-aspek perkembangan kanak-kanak dalam
tingkah laku kanak-kanak itu sendiri. Pembangunan kanak-kanak dipengaruhi oleh
tingkah laku mereka. Walaubagaimanapun karakter subjektif tentang kajian ini
membuatkan pengesahannya mustahil. Kerjanya juga telah diselidiki menggambarkan
kontrovesi tentang perbezaan di antara perempuan dan lelaki sama seperti konsep
cara menambah penduduk sesuatu bangsa.
Beliau
menggunakan Teori Evolusi Darwin dan Teori Ernst Haeckel ("ontogeni
mengulang filogeni") sebagai rujukan yang paling besar dalam kajian
beliau. Pada lewat Century ke-19, Hall telah dipengaruhi oleh Charles Teori
Evolusi Darwin. Teori Evolusi Darwin adalah adalah diilhamkan daripada Charles
Darwin adalah seorang naturalis Inggeris yang teori revolusinya meletakkan
landasan bagi teori evolusi moden dan prinsip garis keturunan yang sama (common
descent) dengan mengajukan seleksi alam sebagai mekanismanya.
Teori ini kini
dianggap sebagai komponen integral dari biologi (ilmu hayat) Ia menyediakan
satu daya untuk peperiksaan saintifik perkembangan kanak-kanak. Penekanannya
pada tingkah laku kewujudan spesies berbeza dirangsang oleh satu kecenderungan
dalam melihat kanak-kanak bagi mengenal pasti mereka kelakuan adaptif .
Kajian-kajian ini adalah nilai saintifik yang terhad kerana kurang objektiviti
dan kerap gagal dengan menggambarkan kelakuan diperhatikan, pengesahan
pembuatan adalah mustahil. Darwin telah memerhatikan yang anak akan mewarisi
satu persamaan daripada ibu bapa mereka iaitu dikenali sebagai baka.
Teori
Evolutionary akan meluaskan skop psikologi dan membawa kepada satu
"genetik" analisis peringkat-peringkat pertumbuhan dan pembangunan
manusia. (Gutek, Gerald. Pendidikan di Amerika Syarikat.- An Historical
Perspective. Prentice-Hall, 1986. Halaman 196.) Teori Ernst Haeckel adalah
ilham daripada ahli biologi ternama dari Jerman iaitu Ernst Haeckel, seorang
naturalis, doktor, profesor dan seniman, yang menemukan, menjelaskan, dan
menamakan ribuan spesies baru, membuat peta pohon genealogi hubungan semua
makhluk hidup, dan membuat istilah biologi baru, seperti filum, filogeni,
ekologi, dan kingdom Protista. Haeckel menyebar dan memperluaskan karya Charles
Darwin di Jerman, serta mengembangkan Teori Rekapitulasi yang kontroversial.
6.2 Peringkat–peringkat Perkembangan dan pertumbuhan
Teori
perkembangan G.Stanley Hall tidak digunakan dengan meluas dalam dunia
perdidikan kerana telah muncul teori perkembangan yang lain iaitu teori
perkembangan kognitif Jean Piaget. Dalam teori ini, terdapat 3 peringkat
perkembangan dan pertumbuhan iaitu:
i) Peringkat pertama
Daripada enam atau tujuh pengalaman hidup kanak-kanak
adalah melalui deria-deria fizikal yang menyerupai binatang-binatang.
Pertumbuhan fizikal adalah pesat dan tahap tenaga adalah tinggi.
walaubagaimanapun alasan ini belum dikembangkan, kerana sensitif kepada agama,
atau sosialisasi. Contohnya mereka akan membuat sesuatu perkara berdasarkan
pemerhatian mereka tanpa memikirkan kesap dan akibat.
ii) Peringkat kedua
Daripada usia lapan tahun, otak telah berkembang untuk
saiz sepenuhnya. Beliau membantah bahawa jika pada peringkat ini pendidikan
formal sepatutnya mula. Kerana kemahiran-kemahiran pemikiran bagi membangunkan
kanak-kanak pada peringkat ini adalah kejam dan tidak sesuai disebabkan mereka
tidak bersiap sedia untuk menangani dengan pemikiran yang kompleks atau isu-isu
moraliti. Tingkah laku kanak-kanak yang negatif mula terbentuk seperti tidak
menghormati orang lain dan menunjukkan kelakuan nakal
iii) Peringkat ketiga
Peringkat ini adalah peringkat keremajaan kanak-kanak.
Pada peringkat perkembangan seksual bermula. Beliau beranggapan dan membantah
tentang sekolah campuran kerana baginya adalah tidak sesuai pada peringkat ini.
Tanpa gangguan seks kanak-kanak pada peringkat ini boleh belajar dengan lebih
baik. Mereka lebih bersedia belajar tentang isu-isu moral, dan bagaimana untuk
hidup dalam masyarakat. Beliau berpendapat sekolah tinggi adalah untuk
memfokuskan pada persediaan untuk kehidupan dalam bermasyarakat. Adalah lebih
bagus dan wajar jika mereka menyambung pengajian mereka pada peringkat yang
lebih tinggi.
6.3 Ujian kebolehan bakat umum (The General Aptitude
Test Battery)
Ujian ini di gunakan sebagai penentu
terhadap kecekapan pemikiran seseorang kanak-kanak. Ia merupakan salah satu
bakat semula jadi yang diperolehi melalui pengetahuan, pemahaman dan juga
sikap. Seseorang akan melakukan sesuatu bagi mencapai satu tahap tertentu
mengikut Kecenderungan-kecenderungan terhadap fizikal atau mental. Sifat semula
jadi dan bakat adalah kesan kepada pencapaian yang mewakili pengetahuan atau
keupayaan yang diperolehi. Hubungan antara bakat dan darjah kecerdasan adalah
bertentangan,dengan keupayaan mental manusia. Keupayaan lisan, angka dan
ruang.bakat digabungkan bagi melihat keupayaaan mental seseorang samada rendah
atau tinggi. Bakat seseorang lahir dari diri mereka sendiri. IQ adalah amat
penting dari bakat. Ini kerana keupayaan IQ akan kita lihat bermula dari
peringkat awal lagi.
6.4 Contoh
ujian kebolehan bakat umum
Soalan: Padankan rajah A dan rajah B mengikut bentuk
bongkah yang sama.
Jawapan: A-5, B-3, C-6, D-1, E-4,
F-2
Kesimpulan :
Melalui ujian ini kanak-kanak boleh melakukan aktiviti mengenal pasti bentuk
sesuatu objek dan juga kanak-kanak dapat mengenal abjad dan nombor yang
terdapat dalam kotak tersebut.
7.0 Penutup
Berdasarkan ketiga-tiga teori dapat
disimpulkan bahawasanya tahap perkembagan kanak-kanak adalah berbeza dari
pelbagai sudut seperti fizikal, kognitif, emosi & sosial walaupun
masing-masing melalui peringkat pertumbuhan yang sama.Perkembangan dan pertumbuhan
seseorang kanak-kanak juga di pengaruhi oleh persekitaran.jika baik
persekitaran yang di bina maka pertumbuhan dan perkembangan seseorang
kanak-kanak juga baik.Selain itu juga pertumbuhan dan perkembangan seseorang
kanak-kanak juga di pengaruhi oleh peranan ibu bapa dan guru,Ibu bapa atau guru
seharusnya seiring dan bekerjasama dalam merancang sesuatu perkara bagi
membantu pencapaian pertumbuhan kanak-kanak secara optimum , supaya tahap
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak berkembang seiring.
Sehubungan itu,
semua keperluan dan kepentingan dalam pertumbuhan dan perkembangan dapat
dipenuhi oleh kanak-kanak dengan baik.ibu bapa dan guru perlu menyediakan
keperluan yang baik bagi membantu kanak-kanak dalam pertumbuhan dan
perkembangan mereka,semua keperluan dan kepentingan terhadap kanak-kanak adalah
saling berkaitan.penyedian terhadap keperluan dalam mempengaruhi perkembangan
dan pertumbuhan seseprang kanak-kanak haruslah perlu di titik beratkan dari
aspek keselamatan dan kualiti sesuatu perkara agar perkara tersebut memberi
kepentingan kepada kanak-kanak tersebut.
Penyediaan
sesuatu keperluan haruslah jaga berdasarkan tahap perkembangan kanak-kanak.
Sebagai contoh apabila kanak-kanak tersebut baru pandai mengayauh basikal ,maka
ibu bapa perlu menyediakan sebuah basikal yang beroda tiga. Hal ini kerana
kanak-kanak tersebut baru pandai menggunakan basikal dan baru pandai
mengayuh.oleh itu amat bahaya jika ibu bapa membiarkan kanak-kanak tersebut
mengayuh basikal tanpa sokongan. Kanak-kanak tersebut masih berada pada tahap
rendah dalam menguasai kemahiran tersebut. Oleh itu penyediaan terhadap sesuatu
keperluan untuk kanak-kanak harus menitikberatkan keselamatan dan
kepentingannya.
8.0
Bibliografi
- Abdul Aziz Shukor, Ramlah Jantan, Suppiah Nachiappan
(2007). Psikologi pendidikan.
Kuala lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd
- Carol Seefeldt & Barbaraa A. Wasik
Palatini (2006). Early Education Three, Four and Five Years Olds Go To School.
Pearson Education Inc.
- Consult G. E. Partridge (2010). Genetic Philosophy
of Education. Diperoleh pada
Januari 2, 2010
daripada.http://en.wikipedia.org/wiki/G._Stanley_Hall.
- Fuchs, Estelle, and Havighurst, Robert J.
1973. To Live on This Earth: American
Indian Education. Garden City, NY: Anchor Press/Doubleday.
- Huzaidy Hussein.(2010). Biodata G.Stanley
Hall. Diperoleh pada Januari 3, 2010
daripada http://www.scribd.com/doc/4384568/bio-of-g-stanley-hall
- Robert J. Havighurst (1971) Developmental
Tasks and Education, Third Edition.
New York. Longman.
No comments:
Post a Comment